Microsoft Office (PowerPoint) & Multimedia (Photo & Graphic) Sesi Dua

10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang dan Bawang Assan telah mengadakan Microsoft Office (PowerPoint) dan Multimedia (Photo dan Graphic) Sesi Dua di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam menghasilkan satu gambar menggunakan Microsoft Office (PowerPoint).

Di dalam kelas tersebut, para perserta diajar membuang latar belakang gambar kartun Ejen Ali menggunakan PowerPoint. Para perserta diminta menghasilkan satu gambar kartun Ejen Ali secara berkumpulan. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali